Alhamdulillah, pada 19 Ogos 2026, telah berlangsung Kempen Membaca Buku Bersama Ana Muslim serta Jualan Buku yang disertai oleh para pelajar dan guru guru dengan penuh semangat.
Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca, menyemai minat terhadap buku serta menanam kecintaan kepada ilmu sejak usia muda.
Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan cintakan pembacaan.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Sedikit sorotan sepanjang Kem Kepimpinan Tahun 2026 yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, cabaran, pembelajaran dan pengalaman yang bermakna. Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Tidak dilupakan juga, setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kem ini.
Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk membentuk sahsiah serta kepimpinan yang lebih cemerlang.
Terima kasih.
Ceramah sempena memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran telah disampaikan oleh Ustaz Naim Bin Aziz. Ceramah ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang sejarah penurunan Al-Quran serta menggalakkan mereka untuk lebih mencintai dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Program ini diharapkan dapat memberi manfaat dan menanam rasa cinta terhadap Al-Quran dalam diri murid-murid.